Majlis Persandingan Johar Shukri & Zati Zafirah telah diadakan pada 15 Februari 2014 bermula jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Terima kasih tidak terhingga kepada Y.Berbahagia Dato Ahmad Abdullah & Datin Zubaidah Haron kerana memilih Villa kami sebagai destinasi Majlis Persandingan putera mereka berdua.
Majlis telah diserikan lagi dengan keberangkatan Yang Maha Mulia Sultanah Nora Ismail, untuk sama-sama meraikan kedua mempelai dengan dimulai upacara merenjis pengantin, menabor ambok-ambok serta jamuan makan beradab bersama pengantin.
Semoga ikatan pernikahan diberkati Allah dan kekal bahagia bersama hingga ke Jannah.
Jumpa Lagi. Terima kasih.
:)